Kembalilah kenangan kepadaku



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….

“Wahai anakku,mulai hari ini belajarlah untuk menerima kententuan Illahi.Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.Mungkin sesuatu yang tidak kamu sukai itu ,adalah sesuatu yang Allah suka,maka Allah menjanjikan kebaikan atau manfaat disebaliknya,justeru itu terbukalah dalam menerima ketentuannya.”

Itulah sepatah kata yang akan aku jadikan pedoman kerana ianya merupakan kata-kata dari seseorang yang amat aku sayangi. Andainya , suatu hari nanti dia pergi menghadap illahi akan aku sampaikan kata-kata ini kepada generasiku yang mendatang. Akan aku cuba praktikkan dalam diri mereka kelak.
Kini aku dalam dilema. Apakah tindakan aku ini adalah sebaik-baik tindakan? Atau hanya sesuatu yang membuatkan orang lain berkecil hati dengan aku? Aku merasakan mereka semakin jauh dengan ku. Kini aku semakin kekok apabila membalas mesej,menerima panggilan..perbualan aku dan mereka terasa hambar sekali.Namun aku tahu itu berpunca dari sikap aku yang ego dan sering mengikut kepala sendiri.
Bagaimanakah agaknya dapat aku perbetulkan kembali kesilapan yang aku lakukan ini? Aku lakukan ini bersebab dan aku harap mereka faham. Setiap kali aku mengulangkaji pelajaran, aku pasti teringatkan akan mereka. Boleh kata setiap apa yang aku lakukan sering aku dibayangi saat2 aku menerima panggilan telefon dari mereka. Jika keadaan aku terus begini,bagaimanakah dapat aku menumpukan sepenuh perhatian aku terhadap ape yang sedang aku lakukan?peperiksaan hampir menjelang tidak lama lagi…
Setiap minit aku berharap mereka menghubungi aku selepas inciden itu,namun tiada sebarang panggilan yang aku terima melainkan jika aku yang memulakannya dahulu,,,itupun masih terlalu hambar. Ingin sekali aku katakan, yang kini aku merindukan mereka,namun ego masih lagi menghantui aku dan membuat aku lebih rela menunggu daripada beralah.
Jikalau masa dapat aku putarkan,akan aku putarkan ia dan perbetulakan segala kesilapan aku,namun itu semua adalah sesuatu yang mustahil. Apa yang boleh aku lakukan saat ini ialah berdoa agar aku tidak mengulangi kesilapan itu kembali dan akan aku ambil iktibar/pengajaran dari insiden itu biarpun ialah perit untuk ditelan dan sakit untuk diluahkan.
Andainya mereka membaca blog aku yang tak seberapa ini,aku menyusan sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan ku,halalkan segala yang telah mereka berikan kepada ku,dan terima kasih atas segala-galanya.
Akhirnya habluminnAllah,habluminnannas..menjaga hubungan baik dengan Allah, jaga hubungan baik dengan manusia.

P/s:: aku sayang mereka sangat2…namun harus aku tinggalkan sedikit benci agar sayang itu berterusan .Aamiin.

Popular posts from this blog

Angry people are not always wise

Perpisahan itu satu PERMULAAN

Ini lah Jawapanya