JellyPages.com

You Should Read More

4/30/2014

Terima Kasih

Bismillahirrahmanirrahim...

"setiap perasaan yang wujud itu perlu dihargai setiap diantaranya,kerna apabila peraasaan itu hilang kekesalan membelenggu kita,kekesalan itu juga perasaan"

alhamdulilah tamat sudah program matrikulasi setahun tepat jam 3.45 minit petang.kalau orang kata matrik itu sukar! yup ! itu adalah BENAR sebab dalam dunia ini tiada perkara yang mudah ! justeru usaha harus di sertakan dalam setiap pekerjaan kita.

Oleh itu secara konklusinya ,program matrikulasi ini sebenarnya tidak lah sesusah yang masyarakat selalu cakap...bak kata orang tak kenal maka tak cinta ..
kini aku mengenali program matrikulasi ini hingga ke akhirnya dan pada pendapat aku sendiri ianya tidak la susah dan ia bukan lah sesuatu yang mudah !

ditempatkan di KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL KEDAH ,sesuatu yang tidak pernah aku sangkakan,tetapi hakikatnya dah sepuluh bulan aku berada di bumi kedah ini.Banyak /keterlaluan banyaknye pengalaman disini. Bersama sahabat-sahabat,rakan kuliah,rakan tutoran,rakan sebilik,banyak lagi la. Tidak lupa juga buat para pensyarah yang sporting2 belaka yang membuatkan aku rasa tidak segan silu untuk bertanyakan sebarang soalan walaupun pun orang akan anggap soalan yang aku tanya itu soalan bodoh.

Kerjasama,saling membantu,gelak ketawa,menangis,jatuh dan bangun semuanya telah aku rasa disini. Disini aku lebih banyak melihat kepelbagaian reaksi manusia.Kadang kala tanpa reaksi itu ia membuatkan aku rindu,tanpa keletah itu aku sunyi dan banyak lagi.

Kini,semuanya telah pulang kerumah masing2,meter kerinduan mulai meningkat dari satu ke satu.aku mendoakan kalian berjaya dimasa hadapan,dah berjaya jangan lupa kan ambe nie pulak ye,aku sayang kalian semua.