Perpisahan itu satu PERMULAAN

Bismillahirrahmanirrahim....

" Friends is born at that moment when one person says to what you too ? thought i was the only one"

-c.s.leuis-

Assalamualaikum,sebagai pembuka bicara...
sudah sekian lamanya jemari ku ini tidak menari-nari di atas keyboard..agak sukar sebenarnya untuk jemari ku kembali menari di atas keyboard..tetapi itu tidak menghalang aku untuk berkongsi apa yang tersimpan rapi didalam jauh di sudut hatiku..

Quotes yang cukup memberi makna,yang menunjukkan betapa pentingya kawan selepas ibubapa, sedara-mara dan seluruh kaum kerabat keluarga.Ade cerita yang ingin aku kongsikan buat tatapan kalian.

Perpisahan pada tanggal 30.04.2014 cukup sedih kerana disaat itulah kita bertemu dengan rakan sekelas kita,rakan sekuliah kita, para pensyarah, rakan bilik kita.Namun pada tanggal 23.05.2014 aku kembali ke kolej semula bukan sebagai pelajar tetapi sebagai FASILITATOR bukan intake yang akan datang iaitu batch yang keenam buat kolej matrikulasiku.Para fasilitator kami berkumpul semula, berkenalan sebab most of them tidak aku kenali secara rapat maksudnya aku kenal hanya sekadar nama dan tidak aku ketahui bagai mana cara mereka bekerja.Fasilitator perempuan tidak menjadi masalah untuk aku kerana semuanya aku kenali dan kami pernah bersembang dan belajar bersama almaklumla kan kami satu asrama jadi tidak menjadi masalah besar buat aku.Namun para Fasilitator lelaki yg majoritinya tidak aku kenali.

Selama seminggu aku menjadi fasilitator,selama seminggu itulah yang menjadikan kami rapat ibarat sebuah keluarga.Tidak ada rasa terasing,dipinggirkan dan sebagainya.Walaupun pada hakikatnya kami ni baru je kenal tapi baru hari pertama bekerja aku seperti telah lama mengenali mereka. Serius cakap mereka memang awesome. Walkie-talkie memudahkan komunikasi kami.Walaupun hanya seminggu bersama mereka,iaitu seramai 31 orang termasuk aku namun terlalu banyak memori@kenangan yang dilalui bersama.

Setelah tamatnye seminggu bekerja sebagai fasilitator,hari dimana kami akan pulang ia memberi suatu tamparan yang hebat,entah mengapa aku rasa sayu dan sedih atas perpisahan ini.Mungkin minda ini telah berkata yang selepas ini kita mungkin tidak akan bertemu kembali.Mungkin pada tanggal 30.04.2014 itu kita tak rasa sedih sangat sebab kita tahu yang kita akan kembali ke kolej dan menemui semula rakan2.Tapi pada tanggal 30.05.2014,ada rakan2 kita yang pulang,disaat itu hati menjerit dan berkata "hentikan masa,putarkan kembali masa!".Namun itu tidak memberi apa2 makna lagi.masa terus berjalan tanpa lewat.

Walau apa pun yang terjadi nanti,keluarga faci gempak (Salleh,Acap Zainal,Acap,Hazman,Nazwan,Syafiq,Pejo,Imran,Zahim,Fahim,Matdin,Sufi,Afiq,Bazli,Syukur,M,Sal,Siti,Burn,Mel,Aida,Allya,Fiza,Fishie,Ain,Syu,Laily,Anis,Atikah,Wani,Miza) dengar sini, jaga diri baik2,jaga kesihatan,kekalkan sikap2 baik dalam diri masing2 dan pertingkatkan apa yang kita rasa kurang,semoga Allah merahmati persahabatan kita.In Sha Allah persahabatan kita hingga ke syurga.Aamiin~

Popular posts from this blog

KAWAN

Moving to the next chapter

Pemergian itu suatu yang pasti