Melihat dari sudut POSITIF

Bismillahirrahmanirrahim

" SILENCE IS THE MOST POWERFUL SCREAM "

Assalamualaikum w.b.t

Ceritera aku telah lama menyepi. Namun kini ianya bangkit semula dari tidur yang lena. Komitmen aku pada kehidupan sebagai seorang mahasiswi di sebuah universiti tempatan menjadikan aku lebih senang untuk tidak menulis di ceritera aku. Bukannya ape, ye la dengan aktiviti fakulti,aktiviti kolej, ko-kurikulum lagi. Haish! macam-macam aktiviti yang menjadikan aku tidak sempat untuk jari-jemariku ligat di atas keyboard T_T. Namun selepas ini dengan izin-NYA aku mungkin mampu untuk membahagikan masa kepada setiap komitmen yang telah aku setuju untuk pikul TERMASUKLAH ceritera aku !.

Amboii macam panjang pulak mukaddimah kali ini ! almaklumla jari-jemari baru nak warm up kan kena la faham.

quotes tu rasanya macam semua orang da tahu kan? itu bukan dari hati atau dari diri ini tetapi quotes tu adalah dari MR. GOOGLE. Namun ianya cukup ringkas untuk memberi sedikit gambaran tentang perihal yang ingin dikongsikan.

Kadang kala senyap tak bererti kita menyerah atau mengiakan segalanya! namun ianya lebih kepada menjaga hati dan perasaan banyak pihak. Namun tak semua insan mampu untuk diam tanpa menyuarakan pendapat.

Salah seorangnya adalah aku. Tidak dalam semua hal aku mampu untuk berdiam diri dan tidak dalam semua hal aku menyuarakan pendapat. Ianya bergantung kepada situasi dan dengan siapa kita ini nyatakan pendapat. adakah orang tu sependapat dengan kita.

Namun aku cukup beruntung. Tatkala aku geramkan seseorang, terasa hati dengan seseorang atau sebagainya,pastinya aku ada sahabat yang akan bersuara dan meredakan aku.

Dialog antara aku dan rakan si A (tiada kaitan dengan yang hidup atau mati)

aku: haish! aku geram betul dengan dia tu. ada ke patut di buat bla bla bla.........

rakan A : Ala manusia kan! relax je sabar sabar..ko buat tak tahu je. biarla die nak kutuk ke nak ape ke.

Tak mudah tau ! nak dapat kawan yang macam tu dalam dunia sekarang ni ! sebabnya ramai lagi yang akan menokok nambah sekiranya kalian bercerita dengan orang yang salah. INGAT TU !

Rakan yang bersikap seperti itu lah yang menjadikan aku lebih selesa untuk berdiam dan mengubah rasa sakit hati itu kepada suatu aktiviti yang kita gemar sekiranya ianya sukar untuk kita berdiam.

Kalau aku bermain boling menjadi pilihan utama aku tatkala aku tertekan dengan sikap manusia. Tatkala bola bolingku menjatuh kan pin telah menjadikan aku lega dan akhirnya aku melupakan hal itu.

Memang tak mudah bagi semua orang untuk berbuat demikian tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba dan dapat mengurangkan risiko bergaduh,dan bermasam muka.

Cukup la sekadar itu demi menjaga hubungan silaturahim yang terjalin. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Alhamdulilah.




Popular posts from this blog

Angry people are not always wise

Ini lah Jawapanya

Perpisahan itu satu PERMULAAN