Angry people are not always wise

Bismillahirrahmanirrahim

" Anger is a feeling that makes your mouth work faster than your mind "

Assalamualaikum.

Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk menaip dan memberi inspirasi buat pembaca diluar sana *macam banyak pembaca je*. Hampir memasuki fasa pecutan dalam bulan yang Mulia ini iaitu bulan Ramadhan yang merupakan fasa terakhir. 

Quotes yang cukup mudah menceritakan betapa mudahnya kita untuk marah untuk merasakan ketidakpuas hatian kita. Masya Allah. Namun aku pun bukan lah seseorang yang mampu untuk mengelak dari perasaan itu , cukuplah sekiranya kita cukup mampu untuk menahan amarah.

Kita sebagai umat islam sepatutnya bersyukur kerana setiap perkara yang menjadi larangan dan suruhan dalam agama banyak memberi hikmah yang kadangkala tak terjangkau akal fikiran kita memikirkannya. Bulan Ramadhan ini bukan sahaja menjanjikan kita pahala yang berlipat ganda namun ia juga banyak mengajar kita untuk lebih sabar dalam mendidik diri agar memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Sudah pasti lapar dan dahaga menjadi sesuatu yang semua umatnya bakal merasai tetapi percaya lah ini semua banyak manfaatnya buat umat islam tidak kira dari segi saintifiknya dan dari segi rohaninya. Impaknya cukup besar.

Sabar adalah satu komponen yang paling utama dalam menahan kemarahan. Sejujurnya marah itu penting namun ianya perlulah berpada-pada dan tidak berlebih-lebihan. Sebaiknya marah itu ditahan dan di tahan sehingga ianya tidak lagi mejadi sesuatu yang perlu dimarahkan lagi. Kalau kita marah ketika kita berdiri maka duduk dapat meredakan kemarahan, kalau kita marah ketika duduk maka baring dapat meredakan kemarahan dan ianya berterusan sehingga membawa kepada wudhuk dan melakukan solat sunat dua rakaat. 

Nampak tak disitu bahawa apa sahaja yang kita lakukan kita kan berakhir dengan Yang Maha Esa. Namun adalah lebih baik sekiranya kita tak menjadikan Sang Pencipta kita inisiatif terakhir kita. Sebaliknya jadikan Dia yang utama dan sentiasa kita cuba dan berusaha untuk dekat dengan-NYA. Dalam keadaan marah pun kita disuruh untuk dekat dengan Sang Pencipta apatah lagi ketika kita jatuh terduduk dan tak terdaya untuk bangkit.

Banyak yang akan kita lakukan diluar kewarasan akal ketika marah. Banyak perkataan yang akan kita keluarkan dan bakal melukan hati banyak pihak. Ketika marah elakkan membuat keputusan dan banyakkan beristighfar. 

Ketika seseorang sedang marah elakkan daripada menasihatinya secara panjang lebar kerana tidak semua akan dapat menerimanya, adalah lebih baik kiranya kita minta dia untuk hanya menahan amarahnya . Risau kiranya kita menasihatinya secara berlebihan ianya akan menyebabkan si pemarah akan merasa lebih bengang dan geram dan akhirnya membawa kepada sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Jika kita yang membuatkan seseorang menjadi marah adalah lebih baik kita berdiam diri dan memohon maaf sekiranya keadaan reda dan bukannya meminta maaf sewaktu si pemarah masih dalam keadaan marah. Hal ini kerana tidak semua mampu untuk menerima maaf tatkala dirinya dalam keadaan marah.

ape yang aku taip ini hanyalah suatu ape yang aku rasakan sebagai seorang remaja tatkala mereka dalam kedaan marah. tak ada kaitan dengan mana-mana pihak.

Selamat Malam.

Popular posts from this blog

Ini lah Jawapanya

Perpisahan itu satu PERMULAAN