we start everything new

In the name of Allah The Most Precious and The Most Merciful

"give me some sunshine give me some rain,give me another chance i wanna grow up once again"

Assalamualaikum blogwalker..

Tidak mudah untuk seekor 'leopard' mengubah tabiat nya begitu juga manusia.Namun jika diri dipenuhi dengan 'determination' dan semangat yang kuat,InsyaAllah segalanya dipermudahkan.Now,let's strong will power make change.
Perubahan yang kecil itu sebenarnya akan menjadi sesuatu yang besar dan bermanfaat kepada diri kita seandainya kita berterusan(istiqamah) dalam meneruskan perubahan itu.Biarlah perubahan itu tidak disedari oleh masyarakat sekeliling,kerabat keluarga dan sesiapa sahaja,asalkan semuanya kerana ALLAH.Namun elakkan daripada melakukan perubahan yang besar dan menyebabkan orang sekeliling kita perasan tentang itu tetapi hanya sekali sahaja kita mengubahnya dan tidak berterusan.Sikap yang seperti itu akan memberikan manfaat yang kecil kepada diri kita dan mungkin manfaat itu tidak kita rasai.
Perkara mudah yang kita semua fikir ianya adalah perkara remeh iaitu kita sering lupa untuk memasang kan niat atas sesuatu urusan kita kerana Allah.Misalnya,kita ingin pergi ke kelas dan niat kerana Allah jika kita meninggal semasa menuntut ilmu itu,maka kita dikira sebagai mati syahid.Mudah bukan untuk syahid di jalan Allah.
Oleh itu, muslimat sekalian terutamanya ,marilah kita berusaha ke arah yang lebih diredhai Allah.Kerana kita adalah insan yang mudah untuk ke syurga dan mudah juga untuk ke neraka.Mulakanlah dengan memakai stokin atau perkara yang lain-lain.Ingatlah akan orang-orang yang kita sayang,ayah,adik lelaki kita,suami kita(jika kita mempunyai).Mahukah kita mengheret mereka sama mereka ke neraka atas dosa yang tidak mereka lakukan.Sama-samalah kita berusaha ke arah yang lebih baik dari sehari ke sehari.Niatkan perubahan kita ini semuanya kerana Allah.InsyaAllah akan dimudahkan.

p/s: tiada kene-mengena dengan sesiapa,maaf dipinta jika tersalah pentafsiran,dan pembetulan amat dialu-alukan.


Popular posts from this blog

Angry people are not always wise

Perpisahan itu satu PERMULAAN

Ini lah Jawapanya