Kembalilah kenangan kepadaku
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM….
“Wahai anakku,mulai
hari ini belajarlah untuk menerima kententuan Illahi.Sesungguhnya perancangan
Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.Mungkin sesuatu yang tidak kamu sukai
itu ,adalah sesuatu yang Allah suka,maka Allah menjanjikan kebaikan atau manfaat
disebaliknya,justeru itu terbukalah dalam menerima ketentuannya.”
Itulah sepatah kata yang akan aku
jadikan pedoman kerana ianya merupakan kata-kata dari seseorang yang amat aku
sayangi. Andainya , suatu hari nanti dia pergi menghadap illahi akan aku
sampaikan kata-kata ini kepada generasiku yang mendatang. Akan aku cuba
praktikkan dalam diri mereka kelak.
Kini aku dalam dilema. Apakah
tindakan aku ini adalah sebaik-baik tindakan? Atau hanya sesuatu yang
membuatkan orang lain berkecil hati dengan aku? Aku merasakan mereka semakin
jauh dengan ku. Kini aku semakin kekok apabila membalas mesej,menerima
panggilan..perbualan aku dan mereka terasa hambar sekali.Namun aku tahu itu
berpunca dari sikap aku yang ego dan sering mengikut kepala sendiri.
Bagaimanakah agaknya dapat aku
perbetulkan kembali kesilapan yang aku lakukan ini? Aku lakukan ini bersebab
dan aku harap mereka faham. Setiap kali aku mengulangkaji pelajaran, aku pasti
teringatkan akan mereka. Boleh kata setiap apa yang aku lakukan sering aku
dibayangi saat2 aku menerima panggilan telefon dari mereka. Jika keadaan aku
terus begini,bagaimanakah dapat aku menumpukan sepenuh perhatian aku terhadap
ape yang sedang aku lakukan?peperiksaan hampir menjelang tidak lama lagi…
Setiap minit aku berharap mereka
menghubungi aku selepas inciden itu,namun tiada sebarang panggilan yang aku
terima melainkan jika aku yang memulakannya dahulu,,,itupun masih terlalu
hambar. Ingin sekali aku katakan, yang kini aku merindukan mereka,namun ego
masih lagi menghantui aku dan membuat aku lebih rela menunggu daripada beralah.
Jikalau masa dapat aku
putarkan,akan aku putarkan ia dan perbetulakan segala kesilapan aku,namun itu
semua adalah sesuatu yang mustahil. Apa yang boleh aku lakukan saat ini ialah
berdoa agar aku tidak mengulangi kesilapan itu kembali dan akan aku ambil
iktibar/pengajaran dari insiden itu biarpun ialah perit untuk ditelan dan sakit
untuk diluahkan.
Andainya mereka membaca blog aku
yang tak seberapa ini,aku menyusan sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas
segala kesilapan ku,halalkan segala yang telah mereka berikan kepada ku,dan
terima kasih atas segala-galanya.
Akhirnya habluminnAllah,habluminnannas..menjaga hubungan baik dengan Allah,
jaga hubungan baik dengan manusia.
P/s:: aku sayang mereka sangat2…namun
harus aku tinggalkan sedikit benci agar sayang itu berterusan .Aamiin.