Terima Kasih !

Bismillahirrahmanirrahim. .

"walau jatuh untuk kali ke 100 bangun lah untuk kali ke 101"

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulilah , bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya jemari ku dapat menari-nari lagi di atas keyboard . 

Kesyukuran juga aku panjat kan ke hadrat illahi kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas di muka bumi mu ini Ya Allah Yang Maha Besar , Maha Pemurah , Maha Penyayang .

Bersyukur juga ke hadrat illahi kerana Dia telah memberikan aku kejayaan di dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) 1 & 2 . Maka dengan itu overall nya dapat lah aku pointer yang pada kalian mungkin "ala itu je" tapi pada aku ianya satu pointer yang cukup tinggi .

Seperti yang sedia maklum keputusan peperiksaan PSPM telah keluar dan aku LULUS dan tamat program matrikulasi . Alhamdulilah result tidak menghampakan aku , malah aku bersyukur di atas pemberian-NYA. Berikut adalah pointer aku (harap memberi inspirasi buat adik2 yang baru memasuki ke matrikulasi):-

PSPM 1 : 3.63
PSPM 2 : 3.93
PNGK   : 3.77

Result yang tidak lah 4 rata atau four flat tapi aku masih berbangga kerana aku tahu bahawa inilah usaha aku selama sepuluh bulan di program matrikulasi . Dan aku juga tahu bahawa inilah yang adik2 patut ambil iktibar  . Ada yang kata jangan masuk matrikulasi sebab susah . Jangan termakan dengan hasutan itu kerana mana ada sesuatu yang senang dalam dunia ini . Semua nye perlukan usaha . Jangan sentimen itu patut dibangkang sama sekali kerana ianya tidak benar dan sekiranya benar masa kan saya boleh mendapat pointer setinggi itu. Maka renung2 lah kembali .

Terima kasih yang tak terhingga aku ucapakan buat pensyarah2 di KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL KEDAH . Pensyarah Kejuruteraan Awam (sebab aku budak awam) ,Pensyarah matematik , Pensyarah fizik kejuruteraan ,Pensyarah Kimia kejuruteraan,Pensyarah English,Pensyarah kemahiran dinamika ,Pensyarah pendidikan islam dan tak lupe Pensyarah kokurikulum. Kalau nak sebut nama semua pensyarah rasanya kene buat 2 part la macam tu.Tak lupe juga buat Pihak pengurusan kolej, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, dan seluruh warga KMTK.Kerana mereka banyak memberi tunjuk ajar dan tips sama ada dalam hal pelajaran atau soft skill.Mereka sememangnya ibarat lilin yang sentiasa berusaha untuk menerangi seluruh kawasan . Tanpa mereka aku mungkin tidak mendapat result yang hebat begitu . Mereka yang sememangya sempoi sanggup mengajar aku berkali-kali sehingga aku benar2 faham. TERIMA KASIH GURU ! JASAMU KUKENANG.

Terima kasih juga aku utarakan buat mama dengan ayah ku serta seluruh kerabat keluarga kerana tak lupa untuk mendoakan kejayaan aku. kerana aku tahu Redha Allah itu terletak pada Redha ibu bapanya . Bukan saja doa malah mama dengan ayah juga lah yang selama ini mendengar segala rintihan hati aku pada di saat aku jatuh dan berkongsi kegembiraan bersama dengan aku . Mereka juga lah yang memasukkan wang saku tambahan kepada aku tiap2 bulan . 

Berbanyak terima kasih juga kepada rakan2 yang banyak memberi tunjuk ajar sekiranya aku malu untuk bertanya dengan pensyarah dan ade kalanye aku tidak berkesempatan untuk bertanya. rakan2 yang banyak mengingatkan aku kepada Pencipta ku,rakan2 yang banyak berkongsi pendapat idea dan sebagainya .

Alhamdulilah.

Popular posts from this blog

Angry people are not always wise

Perpisahan itu satu PERMULAAN

Ini lah Jawapanya