KAWAN

Bismillahirrahmanirrahim


' Good friends are like stars. You don't see them frequently but you know that they always there '

Assalamualaikum,
 Simple topic yang kita boleh elaborate dengan panjang dan tersangat la lebarnya. kalau bercerita pasal persabatan,kawan, sahabat, buddies and what so ever you guys call it but it gives the same meaning. Dalam dunia ini, tipu la kalau cakap yang kita loner and tak de kawan but basically pet also can be classified as a friend too.

Ada yang berkawan kerana kelebihan yang ade pada seseorang itu, tapi sampai bila nak berkawan yang begitu?. Apabila hilang kelebihannya itu, maka tak berkawan la kamu dengan dirinya lagi. Persahabatan yang begitu kah yang kamu ingin kan. Semestinya jawapan anda tidak bahkan siapa yang akan jawab ya. Setuju dengan pendapat saya setakat ini, jika ya maka teruskan lah pembacaan anda sehingga ke akhirnya.

Keluarga boleh menjadi kawan anda yang sangat sejati. Yang sentiasa menyokong anda tak kira senang atau susah tidak kira sama ade anda bersedih atau ape sekali pun. Over attached la macam mana sekali pun dengan ahli keluarga anda, pasti takkan putus sebab ade peribahasa 'air yang dicincang tak kan putus'. Segala yang ingin di cerita boleh diceritakan tanpa ade rasa malu, dan segan. 

Dalam bersahabat, jangan get over attached dengan kawan kita itu. Sebab mungkin skala sayang kawan yang berlebihan itu akan menjadikan kita membencinya suatu hari nanti oleh kerana hal yang begitu kecil. Tinggalkan lah sedikit benci jika kita sayang akan seseorang itu agar sayang itu berkekalan. apabila kita terlalu rapat sangat dengan kawan itu, khuatir kita jadi bergantung harap dengan dia. Everywhere dia pergi mesti anda nak ade  bersama. Kita dah tak boleh nak gerak sendiri. well itu adalah sesuatu perkembangan yang tak baik untuk diri kita.

Well semakin usia kita meningkat ke satu angka yang baru pastinya kita merasakan satu persatu pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Obviously kawan la, dan pada ketika itu kita sedar yang kualiti lebih penting daripada kuantiti. Biar kawan beribu sekalipun, pastinya yang berkekalan dengan kita sehingga ke akhirnya hanya sepuluh mungkin. Itu lumrah. Takkan kita hendak menghalang perginya seseorang itu. Merasai kehilangan kawan yang dahulunya rapat dan boleh kata sekepala endingnya tinggal sendirian juga akhirnya.

Tiada perkara yang permenant dalam dunia ini. So jagalah persahabatn itu sebaik mungkin. Oh Ya, mungkin kita da jaga persahabatan itu sebaik mungkin, kita jaga hati dia and etc tapi still akan ade jugak salah kita. Well itu takdir. Just go with the flow. Jangan rasa sedih dengan kehilangan kawan yang dahului rapat tapi bersyukur lah sebab akan ada kawan yang lebih baik daripada itu kerana semuanya dah tertulis.

chill.

Popular posts from this blog

Angry people are not always wise

Ini lah Jawapanya

Perpisahan itu satu PERMULAAN